Khamis, 29 Mac 2012

AKu ...


Aku gadis ingin 1000 jadi ,
Pandai memasak pandai mengaji ,
Rajin berkemas tahu menjahit baju sendiri ,
Tangkas berpecak bela diri ,
Berpengetahuan luas dalam segala segi ,
Dalam kampung semua orang puji ,
Walau suka menyanyi menari ,
Tapi tahu jaga diri ,
Tak pandai meninggi diri ...

Hari Jumaat jam 11 pagi ,
Bersama radio belajar mengaji ,
Gurunya Ustaz Azahari ,
Habibah Yaakub ,Khatijah dan seorang lagi ,
Sudah lupa namanya kini ..

Mak kata kena tahu sedikit serba-serbi ,
Biar senang berdikari ,
Agar senang hidup nanti ,
Jika orang senang jodoh mu nanti ,
Beruntunglah diri ,
Kalau orang susah tahu bawa diri ..

Hari minggu tak sekolah ,
Malam tadi angin kuat hujan mencurah ,
Diajak emak ke kebun getah ,
Mengunpul dahan ranting yang patah ,
Mak ada dapur minya tanah ,
Cuma mak dah biasa hidup susah ,
Boleh juga jimat belanja rumah ..

Disusun diikat kemas-kemas ,
Kain batik buruk dibuat alas ,
Di atas kepala kayu seberkas ,
Sesekali tersadung akar palas ,
Nyamuk berong sesekali mengibas-ngibas ,
Bimbang juga kalau kayu api terlepas ...

Sebelum sungai di harun ,
Pakaian sebaldi direndam sabun ,
Bila sudah kayu digendur - gali pula rebung ,
Di tepi tebing pokok buluh banyak berumpun-umpun ..

Sementara nasi masak
kutip pucuk paku, belakang rumah banyak,
Campur kulat - masak lemak,
Panggang ikan selayan, sungguh enak.

Rebung dicincang di celur saja,
Cicah budu, perah asam limau kerenyet lada ,
Selera sentiasa terbuka.
Kadang-kadang ubah selera,
Usung makanan-ketepi sungailah kita,
Berkelah...pakat ramai....saudara mara.

Musim mengubah (cedung) tiba kini,
Mencankung atas kekuda mengalas kaki,
Musim mengetam, plastik baja cap kepala ayam dibuat sarung kaki,
Air adalah sikit-sikit lagi,
Kenapa tu?  takut lintah mengigit kaki.

Kehulu kehilir selayut ditangan,
Menghalau burung mencuri makan,
Kalau renyai-renyainya hujan,
Semakin galak datang menyerang.

Bila padi sudah masak,
Padi dicerut dipukul pulak,
Yang mercik keluar sama banyak,
Rupanya...digoyangkan sadikit  sebelum dipukul semula (banting)
Jangan hentam saja!! tumbang tong padi dibuatnya.

Kalau padi masak tak serata,
  Lebih baik ketam saja...nak selamatkan padi yang masih muda.
Orang empat gemal- aku baru satu jee,
Orang berikat bergemal..aku..l;etak dalam bakul jee  bukannya apa ,
Tak pandai ikat gemal sebenarnya.

Waktu pulang menjunjung padi,
Bukannya dekat hoi!!! berjalan kaki,
Aku tak rasa malu , ramai yang ditepi jalan, dikedai duduk perati,(tenguk)
Bangga dapat berbakti..

Padi dijemur didepan rumah,
Ada pula cik yam cik tik dok jengah-jengah,
Kadang-kadang mak datang marah-marah,
Hayal sebentar, tak sedar !  penuh ,,keliling tikar..habis anak beranak cik yam cik tik kerah.

Kemudian dah ada mesen memproses beras,
Tak payah tumbuk  cepat lagi deras,
Tangan pun tak lagi mengelupas,
Sesekali mesen rosak kena jugak,, tak boleh culas.

Aku suka tengok mak-mak saudara menumbuk padi,
Tiga empat orang tumbuk sekali,
Alu diturun silih berganti,
Bertingkah alu kedengaran menarik hati,
Kadang-kadang terhantuk tak kena timing,
Pecah ketawa memecah hening,
Begitu jugalah ketika membuat emping

Semuanya itu tiada lagi
Semua sudah bercucu bercicit
Orang dah tak tanam padi,
Anak -anak  muda dah kerja makan gaji
Maklumlah dah belajar tinggi-tinggi
Takkan nak berlumpur dikaki nak memenatkan diri

Zaman sekolah tiada yang indah,
Sekolah pun jauh daari rumah,
1 jam perjalanan tapi bukan tanah merah,
Dikampungku bas sekolah itulah sebuah.

Ada saorang guru lelaki,
Rasa sungguh terhutang budi,
Disekolah selalu demam , bukan denggi,(Aedes belum diperkatakan lagi)
Masuk wad dengan uniform terlantarlah diri.
Dihantar makanan dan persalinan,
Keluarga dikampung keresahan,
Ada kawan sekampung berjiran pula tu!..tahu kejadian,
Tapi haram disampaikan pesan,
Pekara penting boleh dia lupa,
Kalau aku ......lambatnya bas sampai nak ku sampaikan berita,
Bukan siapa aku ni anak sepupu dia.. tapi sebaya.

Dulu-dulu mana ada talipon
Sekarang.. apa apa hal terus bolih berhubung,
Kesah orang hilang pun tiada lansung,
Tinggalkan rumah berhari-hari tak berkunci pun orang tak gerun.

Waktu maghrib guru pun tiba
Saorang diri menunggang skuter,
kepada keluarga disampaikan berita,
Tahu aku dihospital kira okey laaa

Tengah malam dahaga tak tertahan,
Dipaip hospital aku tonggang,
Dulu tak disediakan apa-apa bukan macam sekarang,
Masuk wad kena bawa bekalan botol air cawan, pingan,
Sekarang masuk wad cuma bawa badan
Nurse pun bukan main garang,
Cuba sekarang.. mau...kena saman.

Pernah terjadi didepan mata
Tertumpah air di tepi katil
Perempuan tu OKU mata tak sempurna,
Nurse pun apa lagi ..merungut....membebel.

1972   Hari Merdeka menjelang tiba,
Besar sungguh sambutannya,.
Meriah nanti dengan pelbagai acara,
Untuk orang muda juga yang tua,

Pelita tin susu sepanjang  jalan,
Cahaya indah terang benderang,,
Dikiri kanan jalan mukim jajahan,
Itu satu satunya  Sambutan Hari Kemerdekaan dalam kenangan....

Nenek-nenek berlatih tatrian' Saba',
Semangat padi dipuja-puja,
Sehelai baju diberi percuma,
Dapatlah orang muda lihat tradisi lama...(aku masa tu tak tahu pun adat ini)
Entah bila berulang semula.

Masing=mading menunjuk bakat,
Pelbagai rekaan mereka buat,
Berarak nanti nampak hebat
Dipasang roda diikat kuat,
Ditengahnya lampu dipasang
Bagi ku, aku suka bentuk kapal terbang,
Dilihat saolah bukan kertas tampalan.

Yang gadis berlatih menari,
Tak pernah-pernah ini pertama kali,
Pandai pula mereka  melangkah kaki
Cinta Sayang namanya tari
Tarian kedua tarian zapin dah lupa lagu nya,
Encik Syed guru tari tak pernah ku lihat sebelum ini.

Tak pernah aku lupa
Kami menari kami keluar belanja,
Kami menari mereka yang minta,
Sambutan hebat takkan kerajaan tak hulur apa-apa,
Ini!! mesti. ada apa-apa , kami budak-budak tak tahu apa-apa
Tapi pernah jugalah dengar orang tua-tua bercerita....?

Nak menari pakaian nya mana?
Kau ada baju warna apa? kau warna apa? kau warna apa?
Akhirnya mujurlah masing-masing ada baju puteh, tak kiralah berlis ke berinda,
Seluar hitam semua ada........
Seluar trek suit yang buat basahan kerja,
 ( ada diantara kami bekerja diladang kelapa sawit TDM  aku masih bersekolah)


Sungguh indah suasana malam,
Meliuk-liuk pelita dikayu pancang,
Seluruh kampung terang penduduk pun riang,
"Sambutan Hari Kemerdekaan" dalam kenangan.............


Malaysia negaraku tercinta,
Aku bangga menjadi rakyatnya,
Lihatlah kemakmuran, kekayaan, keamanan, lemegahan dan kedaulatannya,
Amalan pemimpin bersama rakyatnya,

Yang menutuhkan menguatkan meneguhkan negara ini,
Sentiasa hidup dalam harmoni saling menghormati,
Ikrar dan janji peneguh diri,
Apa yang pasti Tuhan ada disisi.